Sunday, May 29, 2011

jika dulu







hanya tuhan yang tahu

dalam hatiku hanya tuhan yang tahu. apa yang aku fikir. apa yang aku rasa. apa yang aku alami. siapa yang ada bersamaku adalah DIA. tiada tempat lain untuk ku berserah.moga aku tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidup ini.


bermula dari tragedi jatuh bukit yang menyakitkan.ha ha ha. malu bila terkenang kembali. tula..malas sangat nak turun tangga ! sakitnya hanya tuhan yang tahu. tanpe sempat ku berpegang tapi memang takde tempat untuk ku bergantung pon. sampai lani maseh terasa sakitnya pinggangku. esoknya iaitu hari ini. aku sekali lagi d uji oleh DIA. dengan duit berbaki beberapa ringgit d tanganku. aku mendaki pusanika untuk mengambil duit. mungkin tuhan mahu mengujiku. kad ATM ku tidak mahu keluar2 dari mesin.wahai mesin sekalipon kau berkenan dengan kad ku, alangkah indahnya jika kau memberi pengeras terlebih dahulu. dua episod sedih dalam hatiku.


tragedi kad atm d telan tidak mematahkan semangatku untuk pergi karnival himpunan satu juta belia. tujuan aku hanya satu. tidak ku hiraukan hayunan langkah kakiku yang sudah tidak berdaya. gagah dan gigih. kalau dulu jika aku berjalan bersamanya tidak sampai satu KM pasti aku sudah merungut. tetapi tidak tadi. aku gigih berjalan jauhnya dan sakitnya kaki dengan perut yang kosong sebab selera ku mati. mencari-cari tidak ku temui. aku berputus asa. doa ku makbul. aku terjumpa apa yang aku cari. tetapi kosong. sudah tutup. aku pasrah dan redha.


hatiku redha barulah terasa lenguh sakit lapar semuanya bersatu. duduk d bahu jalan dengan seribu perasaan. hanya tuhan yang tahu rasa hatiku. DIA maha mendengar. ku lihat susuk tubuh yang amat aku ku kenali. aku tidak mampu untuk melihatnya. ku tunduk. apa yang ada dalam hatiku hanya tuhan yang tahu. lihat dia berlalu d hadapanku. ku lihat dia berlalu sehingga hilang dari pndangan mataku. dalam hatiku hanya tuhan yang tahu. apa yang aku rasa hanya tuhan yang tahu.


setelah apa yang berlaku.setelah berbagai2 dugaan yang melanda. aku mula paham.aku mula berfikir.tidak semua yang kita inginkan kita dapat. percaya pada diri.sekuat mana dugaan yang d beri. aku yakin ALLAH, AbhMA ada bersamaku. tempatku mengadu. ALLAH dan AbhMA. dan aku tersenyum bahagia kerana aku selesa. kerana aku yakin ALLAH dan parents sememangnya sayang padaku. kini...aku redha dengan ketentuanMu.





mungkinkah esok kta kan btemu kmbali
masihkah ada ruang d dalam hatiku
ntuk cnta yg prnah engkau miliki
ntuk slama2nya

Thursday, May 26, 2011

hati mula bersuara

perjalanan masih panjang.
langkah masih jauh perlu diatur.
sesibuk mana masa ku penuhi sekosong mana ruang yang ada.
jujur ku katakan, aku merindui dirinya.

mengingati dirinya.
menyebut namanya.
mengambil tahu tentang dirinya.

ya ! sungguh aku teringat padanya.
bayangnya, wajahnya senantiase menerjah ruang ingatanku kala kesibukan dan kala kelapangan.
tidak pernah lekang. tidak pernah ku lupa.
masa dan ruang yang diperlukan.
digunakan sepenuhnya.
mencari khilaf dan kekurangan dan cube untuk memperbaiki.
setiap kekurangan dan kelebihan ku hitung
ku amati agar tidak tersilap langkah.

bila hati mula bersuara.
kejujuran yang terungkap.
aku sentiasa mengingatinya. . .


with you
fall for you
no air
to 
marry you
 


Wednesday, May 18, 2011

ni semua salah ko ...

ni semua salah ko !! ayat feveret kawanku. tapi aku tambah sikit. nih smua salah ko PERASAAN !! kenapa cakap macam tu??


wahai blog ajaib ku..penawar dukaku. bertabahlah kamu. hanya kamu tempat ku meluah rasa yang terbuku.bukan niat ingin menyalahkan sesiapa. KEADAAN yang salah? ini semua SALAH FAHAM?  semalam aku menangis macam orang meroyan. hari ini? airmata keluar mencurah2 lagi. kenapa HUDA? kamu pernah lalui dulu. sakitnya hanya kamu yang tahu. sekarang adakah benar terjadi lagi?mungkinkah? senak kepala memikirkan. apa ini semua. salah siapa.


perit nak akui. perit untuk terima semua nih ! tapi semuanya dah terjadi. berkali2 ku bisik pada hati. SABARLAH. ini hanya sementara. jangan bertindak TERBURU-bURU. tapi berapa kali ingin ku menipu hatiku. berapa kali ingin pujuk. aku ade perasaan. ade hati. tolong lah jangan sakiti.

Monday, May 16, 2011

hujan lebat

laju kaki ku mlangkah..syukur krn kaki ku masih kuat walaupun hatiku sudah rapuh. jalan kaki seorang diri ke kelas khalayak dan wacana media. gigih ku melangkah mengenangkan kuiz. kalau bukan kerana kuiz takde maknenya nak pegi.

pjalanan pulang ku dibasahi hujan lebat dengan berbaju kurungnya. aduh..guruh kilat petir semuanya bcampur aduk. macam mane nak pegi umah kak. aku takot bmalam seorang diiri kat UO nii. bukan tempatku. bilik pulak betul2 hujung dekat dengan hutan. tak kuase haiii.

tapi..knape hatiku rasa sangat tidak sehat hari ni.kpale pening.mungkin sarat masalah ku pendam. dalam benak otakku. dalam hatiku. gugur..airmata ku gugur. slebat hujan di luar. seorang diri. bukan ku meratap apatah lagi meraung. tapi tangisan kesakitan. tangisan kesedihan. tangisan kehancuran. semuanya bersatu. kadang-kadang logik bila satu kesedihan mlanda..bertimpa-timpa datang. saat ini ape yang aku rasa?? sangat DOWN !