Saturday, February 4, 2012

aku

berbaju kurung menaiki basikal pusing kampung.bertenggek qaseh di belakangku mnegur semua orang.qaseh..qaseh,nakal dan comey rasa nak gigit gigit saje perangai die yang makin hari makin macam-macam.tapi aku tak pusing jauh.tidak seberani zaman sekolah ku.balik sekolah jalan kaki ikut jalan shortcut.sekolah rendah darjah 6 kena g sorang sorang.abah kerja.kadang kadang berteman kadang sorang.naik basikal n sumtime jalan kaki.even shortcut,jauhnya boleh tahan.shortcut bukan jalan sembarangan,jalan hutan tebal.sebelum hutan lalu kawasan rumah papan yang kaki judi suka lepak.kalau sekarang orang suruh pegi memang tak lah.tapi itu dulu,zaman yang sudah ada bahayanya tapi tak sama macam skang.

zaman berubah keadaan berubah orang berubah.aku sayang qaseh.aku sentiasa doa untukknya.agar dia tidak melalui zaman sukar dan tiap kesakitan yang aku rasa,aku mohon agar dia tidak merasainya.abah ma..tatang qaseh sayang qaseh manjakan qaseh.kadang kadang aku sendiri terpinggir.kadang kadang aku yang meminggirkan diri.umur aku da masuk 25 aku tak mahu lagi manja dengan parents..ke?or aku jadi macam ni sebabb ketiadaan mek.pergi mek ibarat separuh bahagiaku pergi.kalau dulu,aku balik cuti...tiap lunch aku taknak miss.sebab taknak lepaskan peluang makan bersama abah ma mek.now,aku tak kisah..tghari ku di dalam bilik.

hati aku ni,aku sendiri pon tak paham.apatah lagi orang lain.just aku rasa aku ni jenis bila aku tak ok or sangat sedih stress runsing,aku akan mengasingkan diri dari semua orang dan benda n bukannya amek masa sejam or sehari.kadang kadang seminggu.aku tak boleh nak act macam happyyynyerrrr and be fake dengan orang yang aku rapat n sayang. serius aku serba salah.tapi ini je yang aku akan buat kalau aku tengah tak ok.aku bukan jenis cari orang bila aku susah.lagi aku susah hati,lagi aku lari dari orang. and bila ok baru aku muncul.tapi dalam hati aku,always ade nama yang aku rindu yang aku sayang even aku tak tanya khabar aku selalu pk pasal mereka.zakiah kawan baikku,aku bakal khilangannya.die bakal jadi milik orang.aku takut untuk lepaskan die pergi.arin kawan susah senangku,aku selalu teringat n tertanya2 cane life die.teruknya aku..tidak tanya kabar n make effort tuk call die but im rply her msg saying i miss her sebab tiap hari aku pk die tengah buat ape.
now,aku dalam proses.........pk baik buruk.pk tiap kekurangan n kelebihan.pk kesalahan diri sendiri.baca balik..aku rasa aku terlalu pentingkan diri sendiri.tapi aku hepy,tumpang hepy..dengan apa yang buat die bahagia.itu life yang die nak..aku support dalam hati.tiap kali orang tanya pasal kami,aku senyum je.tapi kat fb aku tak kisah.tapi bila family?aku senyum,tapi dalam hati macam hati tuh mengalir darah (perlambangan yang tak menahan).tapi at least aku belajar sumthng..;) bila aku nak ok?bila die ajak aku kahwin.hehehe..aku setia.aku tak suka tukar tukar.kalau barang aku still simpan even tuh pemberian orang since sekolah rendah,apatah lagi dalam hubungan.aku jugak jenis yang ingat kenangan.dats y till now,arwah mek aku tak lupakan.aku tahu aku macam ni.comel kucing aku yang takde time aku darjah 5 till now aku ingat tiap kenangan dengan die,apatah lagi orang?tapi..tuhan tuh maha mengetahui...itu la yang mampu bagi aku kekuatan.DIA takkan uji hamba NYA tanpa kemampuan hamba NYA untuk memikul.tuhan tahu,aku mampu pikul dugaan ini,den aku terima semuaa ini dengan yakin dan redha,akan ada pelangi untuk aku.

apelah sangat dugaan ini berbanding orang lain yang menerima bermacam macam dugaan lagi teruk lagi.atas kemampuan masing masing.satu je aku stress skang.asal balik rumah,resdung teruk.muka merah.mata gatal.n jerawat..........tak tahu la nak cakap.malu la nak naik praktikal nantiiiiiiii....bilik sewa tak dapat dapat lagi.haihhh.....sabarrr.tak larat da nak taip b cont myb.shortcut------------->



Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم indahnya pekerti mu,elok rupamu lebih dari bulan purnama...selawat salam atas junjunganmu....


memeyyyyyyyy ngattt..suchi je.bau baby..rindunyerr bau itu..


tak kena lansung gmbar,story,caption n title.nak wat gane.aku punya banyak cerita tapi letak dalam satu.ngeh3...yessterdaayyy once more plssssssssss..;p

Monday, January 30, 2012

kenangan

lama ku tinggalkan blog ni.sepi dan usang.kini kembali aku coretkan.lama aku pendam segala kesedihan.kini tidak tertanggung.tetapi apalah sangat setakat meluahkan di sini, kerana kau tahu mengadu padaMu lebih bermakna.hidup ku rasakan tiada serinya lagi.senyuman aku mati dan pergi bersama arwah.sungguh aku rasa ketawa sekuat mana pun tidak dapat mengubat hatiku.11/12/11...1:30 pagi aku terima panggilan yang menyayat hati.meragut aku pergi.aku menangis tanpa henti.sampai sekarang,bukan tidak ingin menerima takdir ilahi.tetapi aku seorang yang setia dan kuat ingatan kepada orang yang aku sayang.mek telah pergi......ya Allah,ampunkan aku kerana sehingga kini aku menangis..RINDU..yang tak tertahan.malam sebelum tidurku dipenuhi air mata.kerana sebelum ini tidurku bersama mek.masa tidurku dengannya.masa pagiku bersamanya.masa petangku bersamanya.masa malamku bersamanya.aku baring di atas katil.dengar mek bercerita itu ini.ada yang bosan ada yang menarik ada yang lucu.mek..insan yang menjaga makan pakaiku selain ma.menjaga sakitku selain ma.mek...yang akan risau sakit demamku.padahal setakat batuk dan selsema.yang ma abah anggap biasa,tapi bukan mek.masa ini,aku berada di rumah,di atas katil tempat aku dan mek bercerita sehingga tidur.ruang rumah ini penuh dengan mek.tiap malam aku menangis.aku bangun membayangkan mek ada di tempat tidurnya.aku mahu seperti sediakala.mendengar suara mek.aku tahu itu mustahil,tapi aku rinduu.seakan terbayang mek tersenyum padaku.sehingga kini aku rasa macam bermimpi,mek tiada d sisi.sesak dadaku ingin meluahkan aku rindu mek.tapi pada siapa.ku lihat yang lain menjalani kehidupan seperti biasa.aku kah yang tidak merelakan pemergian mek.begini rupanya rasa kehilangan.kadang aku tertanya sendiri dalam hati,bagaimana perasaan sahabat rapat ku yang telah kehilangan kedua ibu bapa nya.begini kah perasaaannya.sedangkan aku yang baru kehilangan nenek sudah merasa siksa.hmm..bagai terdengar baru semalam mek berpesan dan bercerita.aku sedih sebab berada d sisi mek.aku bagai terbayang-bayang wajah mek yang ku tatap kali terakhir.mek dalam telekung.ku cium tangannya.ku peluk tubuhnya.ku cium pipinya."mek..makan ubat yee..jangan banyak gerak..mek tunggu da yee..da g tak lama..tunggu yee.."mek senyum ...dan angguk...aku pergi dan ku palingkan lagi wajahku melihat waajah mek yang masih tersenyum memandangku...kali terakhir aku bercakap dengan mek melalui telefon, ku pesan lagi,mek tunggu ye...mek janji akan tunggu.tapi kuasa allah.

kini,aku di sini..memegang janji ku pada mek..ada benarnya kata mek..semuanya benar.mek pergi tanpa tahu hati cucunya telah dilukai.rindu aku pada mek ku sampaikan padamu ilahi.kutitipkan alfatihah dengan linangan air mata moga roh ny aman..

aku tidak mahu meluahkan,kerana aku tahu airmata ku takkan berhenti.biarlah selebihnya aku simpan segala cerita mengenai mek.dalam hatiku.








tapi angin yang mendatang
bagaikan badai yang melanda
kau pergi...tanpa menungguku
kerna takdir kurelakan jua






alfatihah~

Friday, December 2, 2011

song theme for december !

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Wednesday, November 16, 2011

Thursday, October 27, 2011

berdua bersatu




Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

im sleep well. trust me !





Sometimes I sit and wonder about the imperfect world, was it because of us? Was it what god wanted to happen to us? I always sat and wondered about these things, but now I got my answer, nobody is perfect, everyone will make mistakes, it isn't what god wanted, god was always trying to help us make the world better, the way I think is also about you, you are just like everyone else, imperfect...I guess I expected too much from you and I made you suffer without me knowing it...I'm sorry for all the things I have done to you...


~ a smile can change everything ~ 






cc: copy paste, smthng juz be forgiven..thanks !

Friday, September 30, 2011














In the end, we only regret the chances we didn't take, the relationships we were afraid to have & the decisions we waited too long to make.