Sunday, May 29, 2011

jika dulu







hanya tuhan yang tahu

dalam hatiku hanya tuhan yang tahu. apa yang aku fikir. apa yang aku rasa. apa yang aku alami. siapa yang ada bersamaku adalah DIA. tiada tempat lain untuk ku berserah.moga aku tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidup ini.


bermula dari tragedi jatuh bukit yang menyakitkan.ha ha ha. malu bila terkenang kembali. tula..malas sangat nak turun tangga ! sakitnya hanya tuhan yang tahu. tanpe sempat ku berpegang tapi memang takde tempat untuk ku bergantung pon. sampai lani maseh terasa sakitnya pinggangku. esoknya iaitu hari ini. aku sekali lagi d uji oleh DIA. dengan duit berbaki beberapa ringgit d tanganku. aku mendaki pusanika untuk mengambil duit. mungkin tuhan mahu mengujiku. kad ATM ku tidak mahu keluar2 dari mesin.wahai mesin sekalipon kau berkenan dengan kad ku, alangkah indahnya jika kau memberi pengeras terlebih dahulu. dua episod sedih dalam hatiku.


tragedi kad atm d telan tidak mematahkan semangatku untuk pergi karnival himpunan satu juta belia. tujuan aku hanya satu. tidak ku hiraukan hayunan langkah kakiku yang sudah tidak berdaya. gagah dan gigih. kalau dulu jika aku berjalan bersamanya tidak sampai satu KM pasti aku sudah merungut. tetapi tidak tadi. aku gigih berjalan jauhnya dan sakitnya kaki dengan perut yang kosong sebab selera ku mati. mencari-cari tidak ku temui. aku berputus asa. doa ku makbul. aku terjumpa apa yang aku cari. tetapi kosong. sudah tutup. aku pasrah dan redha.


hatiku redha barulah terasa lenguh sakit lapar semuanya bersatu. duduk d bahu jalan dengan seribu perasaan. hanya tuhan yang tahu rasa hatiku. DIA maha mendengar. ku lihat susuk tubuh yang amat aku ku kenali. aku tidak mampu untuk melihatnya. ku tunduk. apa yang ada dalam hatiku hanya tuhan yang tahu. lihat dia berlalu d hadapanku. ku lihat dia berlalu sehingga hilang dari pndangan mataku. dalam hatiku hanya tuhan yang tahu. apa yang aku rasa hanya tuhan yang tahu.


setelah apa yang berlaku.setelah berbagai2 dugaan yang melanda. aku mula paham.aku mula berfikir.tidak semua yang kita inginkan kita dapat. percaya pada diri.sekuat mana dugaan yang d beri. aku yakin ALLAH, AbhMA ada bersamaku. tempatku mengadu. ALLAH dan AbhMA. dan aku tersenyum bahagia kerana aku selesa. kerana aku yakin ALLAH dan parents sememangnya sayang padaku. kini...aku redha dengan ketentuanMu.





mungkinkah esok kta kan btemu kmbali
masihkah ada ruang d dalam hatiku
ntuk cnta yg prnah engkau miliki
ntuk slama2nya