Monday, January 30, 2012

kenangan

lama ku tinggalkan blog ni.sepi dan usang.kini kembali aku coretkan.lama aku pendam segala kesedihan.kini tidak tertanggung.tetapi apalah sangat setakat meluahkan di sini, kerana kau tahu mengadu padaMu lebih bermakna.hidup ku rasakan tiada serinya lagi.senyuman aku mati dan pergi bersama arwah.sungguh aku rasa ketawa sekuat mana pun tidak dapat mengubat hatiku.11/12/11...1:30 pagi aku terima panggilan yang menyayat hati.meragut aku pergi.aku menangis tanpa henti.sampai sekarang,bukan tidak ingin menerima takdir ilahi.tetapi aku seorang yang setia dan kuat ingatan kepada orang yang aku sayang.mek telah pergi......ya Allah,ampunkan aku kerana sehingga kini aku menangis..RINDU..yang tak tertahan.malam sebelum tidurku dipenuhi air mata.kerana sebelum ini tidurku bersama mek.masa tidurku dengannya.masa pagiku bersamanya.masa petangku bersamanya.masa malamku bersamanya.aku baring di atas katil.dengar mek bercerita itu ini.ada yang bosan ada yang menarik ada yang lucu.mek..insan yang menjaga makan pakaiku selain ma.menjaga sakitku selain ma.mek...yang akan risau sakit demamku.padahal setakat batuk dan selsema.yang ma abah anggap biasa,tapi bukan mek.masa ini,aku berada di rumah,di atas katil tempat aku dan mek bercerita sehingga tidur.ruang rumah ini penuh dengan mek.tiap malam aku menangis.aku bangun membayangkan mek ada di tempat tidurnya.aku mahu seperti sediakala.mendengar suara mek.aku tahu itu mustahil,tapi aku rinduu.seakan terbayang mek tersenyum padaku.sehingga kini aku rasa macam bermimpi,mek tiada d sisi.sesak dadaku ingin meluahkan aku rindu mek.tapi pada siapa.ku lihat yang lain menjalani kehidupan seperti biasa.aku kah yang tidak merelakan pemergian mek.begini rupanya rasa kehilangan.kadang aku tertanya sendiri dalam hati,bagaimana perasaan sahabat rapat ku yang telah kehilangan kedua ibu bapa nya.begini kah perasaaannya.sedangkan aku yang baru kehilangan nenek sudah merasa siksa.hmm..bagai terdengar baru semalam mek berpesan dan bercerita.aku sedih sebab berada d sisi mek.aku bagai terbayang-bayang wajah mek yang ku tatap kali terakhir.mek dalam telekung.ku cium tangannya.ku peluk tubuhnya.ku cium pipinya."mek..makan ubat yee..jangan banyak gerak..mek tunggu da yee..da g tak lama..tunggu yee.."mek senyum ...dan angguk...aku pergi dan ku palingkan lagi wajahku melihat waajah mek yang masih tersenyum memandangku...kali terakhir aku bercakap dengan mek melalui telefon, ku pesan lagi,mek tunggu ye...mek janji akan tunggu.tapi kuasa allah.

kini,aku di sini..memegang janji ku pada mek..ada benarnya kata mek..semuanya benar.mek pergi tanpa tahu hati cucunya telah dilukai.rindu aku pada mek ku sampaikan padamu ilahi.kutitipkan alfatihah dengan linangan air mata moga roh ny aman..

aku tidak mahu meluahkan,kerana aku tahu airmata ku takkan berhenti.biarlah selebihnya aku simpan segala cerita mengenai mek.dalam hatiku.








tapi angin yang mendatang
bagaikan badai yang melanda
kau pergi...tanpa menungguku
kerna takdir kurelakan jua






alfatihah~

No comments:

Post a Comment